Al-kisah bermulanya pengembaraan 3 lelaki jati menuju ke gunung lagenda.
Jam 2.00 petang
Sebermulanya, Hang Choong, Hang Chang, dan Hang Koon bersetuju untuk berjumpa di kubu yang terbiar, dikenali sebagai Kota E.Gospel, pada 06 Jun 2008. Dalam perjalanan ke kubu, Hang Choong dan Hang Koon menemui rintangan yang hebat, mengakibatkan kedua-duanya tidak menepati masa yang ditetapkan. Sementara menunggu ketibaan sahabat-sahabatnya, Hang Chang terpaksa menghadapi 4-5 ekor musuh perempuan yang menyerangnya.
Jam 2.05 petang
Hang Chang berjaya menumpaskan musuh-musuhnya dengan ketibaan Hang Choong dan Hang Koon yang membawa keris. Ketiga-ketiga sahabat kemudiannya menaiki makhluk yang bernama Kelisa untuk memulakan pengembaraan. Dalam perlawanan sebermula tersebut, teramat banyaklah tenaga yang terhilang. Justeru, ketiga-tiga pahlawan memulakan pencarian makanan dalam menebus tenaga. Dalam perjalanan, mereka terjumpai rumah usang yang dipenuhi sarang labah-labah. Papan tanda yang tergantung bertulis - Kong Heng. Dalam keadaan yang terdesak, mereka memasuki rumah tersebut dan memenuhi jiwa mereka dengan makanan basi yang enak sama sekali.
Rumah usang Kong Heng
Makanan basi
Lebih kurang Jam 3.00 petang
Pengembaraan untuk mencari gunung lagenda bermula. Makhluk Kelisa yang kurang bertenaga akibat kenaikan harga ( RM1.92 - RM2.70 ) membawa ketiga-tiga sahabat ke kaki gunung tersebut. Di kaki gunung, seekor makhluk yang sedang menyelongkar timbunan sampah-sarap telah memberi arah jalan kepada ketiga-tiga sahabat tersebut.
Makhluk Gunung Lang
Untuk menyeberangi laut yang terbentang luas di hadapan mereka, Hang Choong, Hang Chang dan Hang Koon terpaksa mendayung sampan yang berlubang. Dengan segala tenaga yang diperolehi daripada makanan basi Kong Heng, mereka mendayung sedaya upaya dan akhirnya, berjaya menyeberangi dengan selamatnya laut yang dipenuhi dengan makhluk yang memakan daging manusia.
Rintangan laut luas
Makhluk yang memenuhi laut tersebut
Keletihan dalam mendayung sampan
Kegirangan akibat menghampiri matlamat
Setelah lebih kurang sejam mengembara Gunung Lang, ketiga-tiga sahabat tersebut gagal menjumpai Kota Monyet yang dikatakan mulia dan suci. Malahan, seekor monyet jua tidak kelihatan di seluruh tempat. Yang kedengaran cumalah laungan makhluk berkaki empat yang nyaring. Yang terlihat pula cumalah beberapa ekor makhluk yang berkeliaran. Dalam kebingungan, ketiga-tiga sahabat berani tersebut merayau-rayau, dengan harapan menemui Kota Monyet dalam lagenda tersebut.
Dalam pencarian kota lagenda
Setelah seketika, ketiga-tiga sahabat berputus-asa dan berasa amat pilu akibat kegagalan menemui Kota Monyet tersebut. Dalam kehampaan, mereka bersiap-sedia untuk melepaskan pencarian mereka dan pulang.
Muka kehampaan Hang Koon
Di pertengahan jalan pulang, mereka terkejut oleh peristiwa yang tidak terduga sama sekali. Selama ini, Kota Monyet tidak dijumpai akibat kuasa ajaib Gunung Lang yang menyebelungi kota tersebut daripada pandangan manusia. Hati yang ikhlas ketiga-tiga sahabat telah mengharukan kuasa Gunung Lang yang membuka pintu hati mereka untuk menemui Kota Monyet.
Kota Monyet dalam lagenda
Malangnya, masa telah mengubahkan segala-galanya. Monyet yang mendiami Kota Monyet tidak lagi suci seperti dahulu kala. Kini, monyet-monyet tersebut teramatlah gatal dan menyerang monyet-monyet betina tanpa kawalan. Disebabkan itu, Hang Choong terpaksa menghapuskan kaum monyet yang gatal ini dengan lembing warisan pusaka keluarganya.
Hang Choong dengan lembing
Walaupun Kota Monyet tidaklah seperti dahulu kala, namun kepuasan memenuhi hati ketiga-tiga sahabat kerana mereka berjaya mengharungi segala rintangan dalam usaha mencari kota tersebut. Hasil yang terbuah tidaklah seperti yang tersangka. Walaupun begitu, wujudlah keeratan dan kekariban antara ketiga-tiga sahabat tersebut, untuk selama-lamanya.
Hang Choong, Hang Koon, dan Hang Chang
Al-kisah tamatlah pengembaran 3 lelaki jati menuju ke gunung lagenda.
Berbanyak terima-kasih kepada Hang Chang, yang mencadangkan pengembaraan ke Gunung Lang ini, dan N73 yang menyumbang kepada gambar-gambar yang menarik di atas.
Monday, June 09, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
again??wat "hang" la.. sounds like hang in English.. Muakaka.. I'll give you a better name - Monyet Choong, Monyet Chang and Monyet Koon. See!! Better ones!! From carmen wan leh.. Don't play play..
hmph. what again? not everyone i know visits our youth blog okay? so i've to repost it here lah! you know nothing bout malay literature la aunty. Hang Choong = Hang Tuah. something like that. you tak tau appreciate ni. what monyet monyet all.
haha...i think its veli funny...
-seline-
seline dari AOG? =)
haha...ya...surprise??
-seline-
lmao nice story...just came across this blog from link to link~~
erm, matt labrooy? or some other matt?
Post a Comment